::Selamat Datang::

Salam sambutan buat saudara sekalian....
Salam sambutan juga buat penawar seluruh tahun, RAMADHAN....Semoga kita semua dirahmati olehnya....
Semoga persingahan yg sebentar ini mampu mendekatkan diri kita kpdNYA......Wallahu`alam.

The Greatman

Assalamualaikum wbt...
Sedikit perkongsian yg ana dpt........
>The Great Man.

Ramai ahli falsafah cuba untuk mentafsirkan apakah faktor yang menyebabkan seseorang manusia biasa boleh menjadi luar biasa. Namun pada kita, sudah tentu kita tidak berpegang pada neraca ahli falsafah semata-mata kerana hakikat kehebatan adalah menurut Islam yang kita cintai ini. Sebuah perlembagaan(dustur) yang diturunkan untuk manusia dan aplikasinya untuk manusia, bukan untuk menjadi perangkap habuk-habuk di atas almari kaca dan juga alat pembangga manusia yang kurang mengerti di mana Al-Quran perlu diletakkan.

Ikhwah akhawat yang ana kasihi, pengertian kehebatan seseorang manusia terletak pada neraca langit, yakni neraca yang ditentukan oleh Allah swt untuk menentukan kesejagatan dan kedamaian umat manusia. Allah swt berfirman

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

Dalam sebuah hadith sahih Rasulullah bersabda(tafsir Ibn Kathir):

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَتَعَظُّمَهَا بِآبَائِهَا، فَالنَّاسُ رَجُلَانِ:

رَجُلٌ بَرٌّ تَقِيٌّ كَرِيمٌ عَلَى اللهِ تَعَالَى، وَرَجُلٌ فَاجِرٌ شَقِيٌّ هَيِّنٌ عَلَى اللهِ تَعَالَى

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah membuang dari kamu slogan-slogan jahiliah dan tradisi mengagungkan keturunan. Manusia itu terdiri dari dua jenis lelaki: Lelaki yg baik(solih), takut dan memuliakan Allah Taala dan juga lelaki yg fajir, teruk dan sedikit kepada Allah Taala. Dan seterusnya nabi membacakan ayat diatas….

Sesungguhnya yang dipandang oleh Allah adalah amalan anak Adam. Jika baik maka baik pandangan Allah padanya jika tidak maka sebaliknya akan berlaku.

Maka oleh itu ikhwah akhawat sekalian, kita sudah sedia maklum akan keutamaan beramal soleh untuk menggapai redha Allah swt. Namun bg kita ialah bukan kita hendak meperbaiki diri kita semata-semata, tetapi juga rakan-rakan di sekeliling kita. Rakan-rakan yang baik akan menghasilkan persekitaran yang baik.

Berhubung dengan dakwah fardhiah, ikhwah akhawat sekalian janganlah memandang enteng perkara ini. Seperti yang telah ana sebut, ia adalah satu teras dalam dakwah kita. Ia adalah powerful tool, dimana kita sendiri adalah merupakan kesan daripada dakwah fardhiah itu.

Berbalik kepada ayat di atas, menjadi manusia bertakwa adalah semulia-mulia manusia. Cuba ikhwah akhawat bayangkan semulia mana manusia yang bertaqwa dan mengajak dan mengajar orang supaya bertaqwa kepada Allah? Maka disitu tentulah darjatnya tidak sama dan pahalanya berbeza-beza. Berdasarkan itu dapat kita simpulkan dari tajuk kita, siapakah the great man?

The great man is a man who makes other great men.

Semulia dan sehebat manusia ialah Rasulullah saw. Kita lihat bagaimana baginda dapat membina sahabat yang terkenal dengan kehebatan masing-masing. Baginda hebat kerana dapat membina sahabat-sahabat yang hebat. Dan hingga akhirnya Islam mencapai ustaziatul alam dan membawa rahmat ke seluruh dunia.

Allahu akbar..Allah Maha Besar..Allah The Greatest. Itulah puncak kehebatan yang ada. Allah yang mengutuskan Nabi Muhammad yang hebat, menurunkan al-Quran yg hebat, dan menjadikan Islam yang hebat sebagai Deen manusia.

Ikhwah akhawat sekalian, janganlah berputus asa dalam dakwah. Jadilah insan yang hebat, dalam ertikata orang yang hebat ialah orang yg menjadikan orang-orang lain hebat. Kisah manusia hebat terbukti dia hanya hebat seorang semata-mata, tapi boleh membangkitkan beribu malah jutaan manusia lainnya. Seperti kata-kata Hasan al-Banna ketika ditanya mengapa beliau tidak menulis buku sedangkan dia ulamak hebat. Tapi daie ilallah ini menjawab, Aku hanya berminat menulis manusia. Juga insan lumpuh yang hebat bernama Syeikh Ahmad Yasin, ketika ditanya tidak takutkah beliau dibunuh oleh Israel. Beliau menjawab, Andai seorang Syeikh Ahmad Yasin terbunuh, akan bangkit seribu lagi syeikh Ahmad Yasin!

Ikhwah akhawat sekalian..jadilah insan yang hebat!!

..::Khas Buatmu::..


Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail.. hendaklah kamu mengambil ikan itu.. jangan sesekali kamu lepaskan ia semula.. ke dalam air begitu saja.. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg.. setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja.. kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu.. jika kamu menadah air biarlah berpada.. jangan terlalu mengharap pada takungannya.. dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.. begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya.. dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.. sedangkan jika kamu memaafkannya.. boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.. jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.. yang kamu pasti baik untuk diri kamu.. mengenyangkan..berkhasiat.. mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain.. terlalu ingin mengejar kelazatan.. kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. kamu akan menyesal.. begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.. menyayangimu..mengasihimu.. mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain.. terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain.. kamu juga akan menyesal.. "Bersyukur dan Redha dengan apa yang dikurniakan olehNya...Alhamdulillah.."

Kandungan

Perjalanan Hidup Kita

Pelawat

Editor

Editor

Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki

::Bicara Muslim

Sahabat

Editor


provide by Esan Design